Wednesday, November 18, 2009

Bz Manjang

Telah lama rasanya tidak memposting apa-apa dalam blog ini, bukan demam, bukan lupa, bukan malas tetapi terlalu sibuk dengan pelbagai kerenah serta kerja yang patut diselesaikan seminggu dua ini.

Sekarang ini musim umat islam pergi menunaikan haji, ramai kawan-kawanku menyahut panggilan ke rumah suci tahun ini, termasuk juga big bos ditempat saya kerja ini dan semoga semua yang berkunjung ke sana mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan kembali. saya pula insyaallah jika dipanjangkan umur dan ada rezeki akan berkunjung juga ke sana suatu hari nanti.

Tahniah kepada bujal, abang yu, atong, cikgu miji, kak lang dan ramai lagi kawan-kawan yang telah menerima cahaya mata, samada yang pertama maupun menambah jumlah daripada yang sediaada. Murah rezeki kalian semua kerana semua itu adalah amanah Allah kepada kalian dan setiap mereka telah ditetapkan rezekinya oleh Allah s.w.t.

Banjir datang lagi, hujan turun setiap petang tanpa henti, balik kerja sahaja mesti jem teruk. Itu takpe lagi, yang rumah sudah ditenggelami air serta terpaksa berpindah pun sudah ramai. Bagaimana agaknya adik-adik kita yang sedang menjalani peperiksaan SPM sekarang ini, harap-harap semua itu tidak mengganggu tumpuan mereka demi masa depan yang sesungguhnya SPM lah penentu kepada cabang matlamat kehidupan mereka ketika menjelang menjadi seorang yang meningkat dewasa.

Musim bola sepak sudah semakin kendur, mungkin akan kembali hangat apabila tibanya musim baru pada tahun hadapan. Tetapi politik negara kita sentiasa meriah, meriah dengan segala-galanya. Asalkan individu tersebut mempunyai pangkat atau pengaruh politik dalam masyarakat, semuanya akan dipolitikkan. Kadang-kadang naik rimas bila memikirkan kecelaruan yang berlaku kini, apa pun kita kena terima hakikat bahawa itulah sebenarnya dunia politik.

Hidup mesti diteruskan, setiap ranjau yang ditempuh mempunyai makna serta ujiannya yang tersendiri. Tabahkan diri dan tempuhilah dengan tenang, ketahuilah setiap ketenangan yang dibawa itu akan menjadi ubat yang paling mujarat sebelum kita semua tiba ke penghujungnya.

Fikir-fikirkanlah...


Monday, November 9, 2009

Kecewa

Selepas detik wisel penamat ditiupkan pada jam 10.55 malam 07hb. November 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil maka telah saya menerima banyak sistem pesanan ringkas dari kawan-kawan, satu pertanyaan sahaja yang sama bagi semua sistem pesanan ringkas tersebut iaitu berkenaan pertandingan akhir Piala Malaysia 2009.

Satu sahaja jawapan saya yang boleh menggambarkan perasaan hati ketika itu dan saya berpendapat bahawa ramai lagi rakan-rakan yang lain serta para peminat setia bola sepak Kelantan sependapat dengan saya iaitu :

KECEWA

Rasanya tidak perlu saya menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan maksud bagi satu perkataan tersebut. Segala-galanya boleh dilihat kepada corak permainan di atas padang, tindakbalas para penyokong serta suasana di hari pertandingan tersebut yang boleh menterjemahkan maksud kepada satu perkataan tersebut.


Saturday, November 7, 2009

PM 2009 : RW vs N9






Suka duka perjuangan The Red Warrior telah memasuki episod akhir...

Adakah kita mampu menamatkan musim dengan penuh kegemilangan?
Ayuh kita gegarkan Stadium Nasional, Bukit Jalil...

GOMO KELATE GOMO

Friday, November 6, 2009

Apa Kata Mereka

Jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim :

"Saya rasa kalau mana-mana pasukan menang pun mereka hanya akan mencatat kemenangan tipis mungkin 2-1 atau 1-0 tetapi saya berat kepada Negeri Sembilan kerana mereka mempunyai kekuatan yang sempurna di setiap posisi."


Jurulatih Pahang, Dollah Salleh :

"Kekuatan kedua-dua pasukan ialah 50-50 dengan Negeri Sembilan dilihat utuh dari setiap posisi manakala Kelantan akan bergantung kepada sokongan padu penyokong mereka."


Jurulatih KM Naza, Mohd. Nizam Adha Yusof :

"Memilih Kelantan akan muncul sebagai juara dengan jaringan 2-1, ia berdasarkan semangat juang dan kepakaran B. Sathianathan dalam merancang taktikal permainan."


Jurulatih KL PLUS, Mat Zan Mat Aris :

"Saya memilih Negeri Sembilan akan muncul juara dengan jaringan 2-1, mereka mempunyai kekuatan yang stabil di setiap posisi berbanding Kelantan yang hanya mengharapkan sokongan padu peminat mereka."


Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail :

"Kedua-dua pasukan dianggapnya mempunyai peluang seimbang tetapi kelebihan milik Negeri Sembilan kerana mempunyai ramai bekas dan pemain kebangsaan."


Jurulatih Selangor, K. Devan :

"Kelantan akan muncul sebagai juara berikutan mereka mempunyai pemain seperti Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahayuddin yang mampu untuk menentukan perlawanan."


Jurulatih Harimau Muda, Mohd. Azraai Khor Abdullah :

"Meramalkan Kelantan akan memenangi perlawanan esok, kerana memiliki gandingan serangan yang mantap terutamanya Indra, Khalid Jamlus, Norfarhan dan juga Che Hishamuddin Hassan. Negeri Sembilan pula dilihat hanya mengharapkan kepada kemampuan Zaquan Adha Abd. Radzak," kata bekas jurulatih Kedah itu."


Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid :

"Memilih Negeri Sembilan menang 2-1 kerana pasukan itu sentiasa konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan. Bagaimanapun kedua-dua pasukan berjaya mencapai tahap prestasi pada masa yang tepat."


Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat :

"Saya tidak nampak pasukan mana yang akan muncul juara kerana kekuatan mereka seimbang, apa yang dapat saya rasakan ialah siapa yang menjaringkan gol awal dan menambah gol kedua mempunyai peluang cerah untuk juara."


Jurulatih Kelantan, B. Satianathan :

"Pengurusan KAFA paling professional sepanjang kareer saya, bolasepak Kelantan ada segalanya kecuali "Stadium Sendiri" (milik persatuan) dan penyokong Red Warrior setanding dengan para penyokong bola sepak eropah."

Akhir sekali ramalan saya sendiri :

"RED WARRIOR akan menumpaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1."


Thursday, November 5, 2009

Berkenaan Tiket PM 2009


  1. Pihak FAM telah mencetak sebanyak 85,000 keping tiket untuk dijual bagi perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan pada hari sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

  2. Kesemua tiket yang diperuntukkan untuk peminat Kelantan di Kota Bharu sebanyak 45,000 keping telah habis dijual dalam tempoh dua hari sahaja.

  3. Manakala semua tiket dibawah kuota KAFA di Lembah Klang sudah habis dijual termasuk di Restoran MZ Kampung Baru Kuala Lumpur, Restoran Hassan USJ dan Restoran Hassan Cheras.

  4. Baki yang bakal dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil pada 6hb nanti hanyalah sebanyak 10,000 keping sahaja bermula jam 11am-10mlm, dijangkakan tiket tersebut akan habis dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas kaunter dibuka.

  5. Dimaklumkan bahawa pada hari ini para penyokong Kelantan sedang menyerbu Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi Negeri Sembilan bagi mendapatkan tiket setelah mendapat tahu penjualan tiket di sana berjalan dengan perlahan dan tiada sambutan memberangsangkan daripada peminat di negeri tersebut.

  6. Ulat tiket sudah bermaharajalela di Lembah Klang pada masa kini apabila mendapat tahu tiket untuk perlawanan pada sabtu nanti telah kehabisan stok, harga yang ditawarkan pada pagi ini ialah RM25-RM30 berbanding harga asal iaitu hanya RM20 dan dijangka harga tiket tersebut akan meningkat menjelang hari perlawanan.

  7. Bagi mengatasi masalah kekecewaan peminat yang berkunjung ke stadium dan tidak dapat memasuki menyaksikan perlawanan akhir tersebut maka pihak FAM akan memasang 2 skrin gergasi di luar perkarangan stadium bagi membolehkan mereka sama-sama menyaksikan perlawanan malan itu.

Wednesday, November 4, 2009

Bola.. Bola.. Bola.. Segalanya Bola

Penat selepas balik dari Stadium Utama Kangar Perlis pada ahad lepas pun masih lagi belum hilang, semalam badan pun rasa tidak berapa sihat dan saya sempat ke klinik di Subang Jaya bagi mendapatkan rawatan agar tidak berlanjutan lama. Malam tadi saya menggagahkan juga diri ke HTO De Futsal di Subang Jaya kerana menghadiri program rakaman slot Sekilas Liga terbitan tv1 yang bakal disiarkan pada jumaat nanti sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009 di antara Red Warrior menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Alhamdulillah semangat yang ditonjolkan oleh peminat setia Red Warrior kali ini melebihi kegilaan perlawanan akhir Piala FA 2009 pada bulan april yang lalu. Persiapan bagi rancangan tersebut lebih tersusun dan anda semua boleh saksikan berbalas pantun dan dikir barat sebagai pembuka gelanggang dalam rancangan tersebut yang bakal disiarkan 2/3 hari lagi di tv1.

Sebelum bertanding lagi ramai yang sudah berkata 7hb November nanti merupakan hari untuk penonton berbaju merah memenuhi stadium, entah mengapa ramai yang berpendapat sedemikian. Tetapi jika melihatkan kepada bilangan tiket yang telah ditempah oleh kedua pasukan untuk penyokong masing-masing ternyata pendapat tersebut ada betulnya.

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa untuk negeri tersebut pada hari ahad nanti sehari selepas perlawanan akhir, samada menang atau kalah tetap akan diberi cuti. Akhirnya mungkin satu negeri akan berkampung di Bukit Jalil hari sabtu nanti, mungkin sebab itulah pihak FAM telah memutuskan untuk memasang skrin besar di perkarangan stadium Nasional untuk kemudahan ramai peminat yang kempunan memasuki stadium malam 7hb nanti.

Tiket untuk perlawanan akhir telah mulai dijual, laris seumpama pisang goreng panas dibuatnya. Dengar khabar tauke bas di Kelantan bakal dapat durian runtuh, maklumlah permintaan melebihi penawaran. Jika diikutkan kepada teori ekonomi merujuk kepada "keluk puas sama" jika permintaan melebih penawaran maka faham-fahamlah siapa yang bakal menerima laba mengalahkan musim perayaan, aduhai ada juga yang mengambil kesempatan dikala ini dan mereka ini samalah seperti ulat tiket yang bermaharajalela di stadium di Kota Bharu menjelang hari-hari perlawanan sebelum ini.

Apapun debaran semakin hangat terasa, syabas kepada KAFA yang diterajui Tan Sri Anuar Musa kerana berganding bahu dengan Kerajaan Negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz ketika kini. Teramat bangga bila melihatkan kepada persepakatan mereka dalam bab bola, pengumuman cuti peristiwa untuk seluruh negeri Ahad ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki final Piala Malaysia sabtu ini dan para pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan juga akan menerima ganjaran pakej umrah dan wang saku secukupnya sebagai menghargai kejayaan melayakkan diri ke final.

Tahniah buat semua, pakat-pakatlah kita berdoa agar Piala Malaysia akan berjaya dibawa pulang ke Negeri Kelantan Darul Naim setelah sekian lama tidak menggapai kejuaraan, berjaya atau tidak sabtu malam nanti adalah perkara kedua bagi saya, bertanding di perlawanan akhir Piala Malaysia itu sendiri sudah merupakan satu kemenangan gemilang bagi skuad Red Warrior.








Monday, November 2, 2009

Sorotan Bergambar Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2009

Ke Stadium Utama Kangar, Perlis bagi perlawanan separuh akhir ke dua antara Perlis menentang Kelantan pada 31hb Oktober 2009


Bersama Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Saudara Marhasim


Peserta rombongan berkumpul Di Stadium Hoki, Bukit Jalil


Terserempak dengan Tok Guru ketika perjalanan, sempat bergambar dan berdoa bersama-sama tok guru


Sebelum melangkah ke dalam stadium





Semangat orang kita, tidak dapat disaingi penyokong negeri lain



Meraikan kemenangan 3-1 (5-1)








Keganasan yang dilakukan oleh penonton Perlis

Friday, October 30, 2009

Rakyat Kelantan Gila Bola

Biarlah orang nak kata apa pun, rakyat Kelantan memang tengah gila bola waktu ni. Sudah lama rakyat Kelantan tidak merasai perasaan seperti hari ini bagi pertandingan Piala Malaysia, mungkin ini detik terbaik untuk semua bergembira tetapi detik 90 minit perlawanan yang akan datang akan menentukan segala-galanya.

Irfan bakti selaku jurulatih Perlis menyuarakan secara terbuka bahawa mengatakan sepanjang hidupnya beliau tidak pernah melihat mana-mana situasi atau penyokong negeri menyamai suasana di liga perdana inggeris ketika hari perlawanan kecuali di Kelantan. Kunjungan penonton sejak seawal 3 petang ke stadium dan berpesta sebelum tibanya waktu perlawanan jam 8.45 malam membuktikan bahawa rakyat Kelantan memangnya gila bola ditambah pula dengan sokongan fanatik penyokongnya boleh menyebabkan pasukan yang bertandang ke sana tertekan.

29 April 2009 yang lalu, rakyat Kelantan berkampung di Bukit Jalil kerana kemaraan pasukan Red Warrior ke perlawanan akhir Piala FA 2009, insyaallah 7hb November nanti sekali lagi rakyat negeri itu akan berkampung di stadium kebanggan negara kita ketika ini.

Jika pasukan ini mara ke peringkat akhir, sudah pasti nama-nama besar yang sedang berada dalam pasukan Red Warrior kini akan dititip dalam sejarah bola sepak negeri itu setaraf dan sebaris dengan lagenda-lagenda bola sepak yang lain.

Pihak KAFA mungkin akan mengumumkan nama-nama pemain yang bakal menyarung jersi berbelang merah putih bercorak batik musim hadapan selepas perlawanan separuh akhir kedua nanti di Perlis. Persediaan awal yang telah dibuat oleh persatuan negeri itu mencerminkan matlamat untuk menggapai tiga piala pada musim hadapan bukanlah omong-omong kosong yang diletakkan sekadar untuk bercakap besar.

Selepas saya melihatkan kepada senarai pemain yang "kononnya" barisan impian Kelantan pada pada musim hadapan, tidak syak lagi bahawa matlamat tersebut betul-betul serius dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA baru-baru ini. Biarlah senarai tersebut menjadi rahsia ketika ini sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Yang pasti terdapat beberapa nama besar di arena bola sepak tempatan memasuki senarai tersebut pada masa kini.

Insyaallah pagi esok saya akan bersama-sama ratusan rakan-rakan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (www.kelate.net) di Lembah Kelang akan bertolak ke Kangar menaiki bas yang telah ditempah khas, manakala rakan-rakan di Kota Bharu juga akan bertolak pada waktu yang sama ke Perlis. Matlamat untuk menggegarkan stadium kebanggaan rakyat Perlis malam esok pasti tercapai, perjuangan besar pasukan kesayangan negeri tadahan wahyu itu dinanti-nantikan oleh semua.

Walaupun pihak RTM ada membuat siaran secara langsung perlawanan Perlis dan kelantan pada malam esok, namun kami peminat dan penyokong setia tidak akan menyerah sepenuhnya ruang-ruang stadium tersebut untuk diisi oleh kesemua penyokong singa utara, biarlah kehadiran kami semua boleh menyaingi kehebatan penyokong tuan rumah sekali gus membakar semangat pasukan Pahlawan Merah.

Wednesday, October 28, 2009

Bola : Ideologi Politik Roboh

Sejuk mata memandang, sentimen kepartian diketepikan, semangat satu negeri bagi sokongan kepada satu pasukan telah merobohkan segala-galanya yang melibatkan ideologi masing-masing. Itulah hakikat yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 malam tadi.

Satu negeri menceritakan detik cemerlang yang telah dilakar oleh skuad Red Warrior apabila menang 2-0 mengatasi Perlis di separuh akhir pertama malam tadi dan menjadi bekalan berharga apabila membuat kunjungan ke gelanggan singa utara hujung minggu ini. Kegilaan semangat yang luar biasa ditonjolkan ini gara-gara prestasi memberangsangkan setelah sekian lama tidak menikmati pencapaian yang membanggakan bagi sejarah bola sepak Kelantan.

Insyaallah jika ada rezeki pasukan Red Warrior akan melangkah ke perlawanan akhir yang bakal bertemu samada skuad penyu maupun skuad rusa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7hb November 2009 nanti. Berdasarkan jaringan semasa serta prestasi cemerlang kini, tidak mustahil awal bulan hadapan Kelantan akan beraksi di stadium kebanggaan negara kita itu.

Gambar di atas ehsan dari ahli kelab penyokong Siber Bola Sepak kelantan iaitu saudara Userun boleh ditafsirkan dalam pelbagai situasi, tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa kerana merendahkan ego mengalungkan kain tanda sokongan kepada Tok Guru selaku Menteri Besar Kelantan yang julung-julung kalinya menjejak kaki ke stadium menonton perlawanan bola sepak. Kesanggupan Tok Guru juga ke stadium untuk bersama-sama KAFA dan puluh ribuan penonton juga membuktikan bahawa bola sepak boleh meruntuhkan segala-galanya termasuklah keegoan mana-mana ideologi.

Syabas kepada semua, semangat seperti itulah yang rakyat mahu lihat. Jika boleh bukan setakat bola sepak sahaja, tetapi hendaklah diresapi dalam pelbagai situasi sekali pun. Jika sikap sedemikian berjaya ditonjolkan maka tidak mustahil sesuatu yang baru boleh diterapkan untuk masa yang akan datang.

Monday, October 26, 2009

Rombongan Ke Kangar 31/10/09

Rombongan ke Kangar Sempena Separuh Akhir kedua,
Perlis vs Kelantan


Sukacita dimaklumkan Kelate.net akan mengadakan rombongan bas dari Kuala Lumpur ke Stadium Utama, Kangar Perlis Indera Kayangan dengan bayaran sebanyak RM70 seorang (termasuk tiket perlawanan).


Kepada sesiapa yang berminat sila isikan nama dan nombor telefon bimbit dan hubungi:

roy_on7/Abe Jera - 012-2964811
Presiden KDN, Marhashim - 019-2285521

dengan kadar segera SEBELUM 29 OKTOBER 2009. Kita mensasarkan sekurang2nya 3 biji bas jika sambutan menggalakkan.

Duit bayaran bolehlah membuat pindahan ke akaun
Azra Bin Mohd Zin - no akaun : 112268085852.

Setelah bank in anda boleh mengemeilkan kepada azra.mohdzin@ap.sony.com atau sms kepada wakil KDN KL untuk tujuan pengesahan.

Maklumat Lanjut: Layari www.Kelate.net