Politik sepanjang masa, lepas satu-satu yang kunjung tiba dan entah bila mahu berakhir. Makin lama makin hangat, penghujung sudah menampakkan garisannya, mungkin sebab itulah ramai yang berkepentingan semakin pantas memecut laju, alahai politik...
Gelombang timur tengah menampakkan kelainan, semangat luar biasa bangkit berjangkit kepada setiap negara berjiran. Kuasa rakyat yang selama ini diwar-warkan hanya dapat dilihat pada musim pilihanraya sudah berubah rentak, demontrasi jalanan berterusan telah membuktikan dapat mengubah segalanya. Kemenangan yang diperolehi mendatangkan kesan serta pengorbanan yang tidak ternilai, betullah kata orang tua-tua bahawa yang pahit itu ada mujarabnya.
Rindu untuk mencoret sesuatu dalam blog ini tidak pernah padam, terasa sedikit kehilangan bila rutin harian suatu ketika dulu tidak tertunai. Selepas sehari demi sehari tertangguh tapi digagahi juga untuk mencatatkan sesuatu, yang pasti ianya tidak akan berlalu selamanya begitu sahaja, insyaallah...
Jumpa lagi di lain masa...
2 comments:
Lama menghilang akhir muncul kembali tuan blog...
hehehe
bz sket skrg ni
nak buka blog pun tak sempat
gara2 penangan fb dan kerja office
anyway thanks sbb follow blog ni
Post a Comment