Monday, November 1, 2010

Berakhirnya Penantian 89 Tahun



Akhirnya, penantian selama hampir 89 tahun menjelma apabila Red Warriors telah berjaya melangkah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 dan seterusnya membenam pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 untuk untuk mencipta sejarah gemilang bola sepak negeri Kelantan apabila bergelar Juara Piala Malaysia Tanun 2010.

Syabas diucapkan kepada kepimpinan pengurusan KAFA, barisan kejurulatihan serta barisan pemain yang telah menunjukkan mutu serta prestasi terbaik sepanjang musim dan segaligus merealisasikan harapan seluruh rakyat Kelantan walaupun pada satu ketika menghadapi tekanan berat disebabkan harapan yang terlalu tinggi menggunung oleh para penyokong fanatik Kelantan yang betul-betul dahagakan kejuaraan.

Tiada kata yang dapat diluahkan, kepada Ilahi sahaja dipanjatkan kesyukuran. Tahniah diucapkan juga kepada para penyokong Red Warriors yang telah berdiri teguh sentiasa memastikan lautan merah mencipta kemeriahan mewarna warnikan dunia bola sepak tempatan.

Semoga sejarah gemilang yang dicipta ini akan berterusan dan membuka pintu kepada kejayaan berterusan pada masa-masa mendatang.

Gomo Kelate Gomo...

1 comments:

zmah said...

TAHNIAH....kalau boleh biar KEKAL